Monday, February 11, 2013

Cikgu Majid Pesilat Yang Berprinsip

Terima kasih Cikgu Majid kerana sudi tolong.. polis pun tak mahu tolong kami di stadium semasa himpunan rakyat di stadium Suka Menanti Alor Star.



Cikgu Majid adalah Pengarah dan Gurulatih Utama Pusaka Gayong Malaysia masih mengekalkan gelaran ‘Cikgu’ meskipun beliau bertaraf mahaguru dalam dunia persilatan.

Beliau adalah murid kanan pengasas Gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman.

       
             









Meor Rahman bersama Datuk Onn  Keduanya anak  Bugis

Kata Cikgu Majid, silat untuk mempertahan diri jika diancam, bukannya untuk menyerang orang yang tidak bersalah dan tidak bersenjata.

“Jangan sengaja tunjuk kelebihan. Saya keluarkan arahan kepada semua guru Gayong dan anak buah, jangan sembarangan tunjuk lagak.
“Mereka yang melakukan kesalahan wajib bertaubat,” katanya