Thursday, November 19, 2015

MENJEJAKI SENI PERSILATAN YANG PERNAH DIKUASAI SHAIK DADA

Antara seni persilatan bangsa-bangsa lain yang beliau kuasai ialah JUJITSU,KUNTAU, SALEMBOM DLL



                               

KEULUNGAN SHAIK DADA DALAM ILMU KEPENDEKARAN

BUKTI KEPENDEKARAN SHAIKH DADA DALAM ILMU PERSILATAN

SHAIKH DADA nama yang sangat terkenal di P.Pinang.Meski pun telah meninggal dunia hampir 70 tahun yang lalu, namanya tetap disebut sebut dan dikenang dikenang. Dikenang sebagai tokoh berjasa.Tokoh yang meninggalkan sesuatu yang berharga buat anak bangsanya, Melayu Pulau Pinang.

Siapa kata Melayu P.Pinang tidak mempunyai warisannya yang  tersendiri. Buka sekadar tersendiri bahkan suatu warisan yang unik dan gemilang . Dada atau nama sebenarnya  Shaik Gulameah bin SheikhAhmad Meah telah mewariskan kepada kita sebuah kazanah yang tak ternilai untuk diukur dengan wang ringgit . Sebuah harta intelek. 

Apa yang beliau tinggal dan pusakai kepada kita  itu ? Beliau telah mewariskan keterampilan dalam ilmu persilatan. Apa yang dinamakan sebagai SILAT PELAGA bermaksud combat fighting, SILAT PETIR  atau PETIAQ. Silat tersebut dinobatkan menjadi Seni Silat P.Pinang. Bermakna ia menjadi milik masyarakat Melayu P.Pinang. Suatu masa dulu dikenali JAWI PEKAN atau JAWI PERANAKAN.

Shaikh Gulameah bin Shaik Ahmad Meah (1905-1947 )

Apa yang hebat dengan tokoh ini ialah pandangannya yang bersifat global.Sejak dari awal beliau tidak menolak silat silat yang ada kepada semua bangsa. Namun begitu beliau tetap berpijak pada seni Melayu. Beliau mempelajari seni silat Melayu yang berbagai ragam, seni silat Jepun, China, Korea, Thai dan India. Beliau menguasai tari silat dan tapak silat dalam dalam menguasai pergerakan. Secara keseluruhan belaiau mempelajari, mahir dan menguasai 17 jenis permainan silat. Satu satu tokoh silat yang menunjukkan penampilan dan prestasi yang terbukjti semasa hayatnya, Bukan sekadar dakwaan malahan membukjtikannya semasa hayat. Beliau bersifat kreatif dan menulis catatan atau manuskrif dalam mencetuskan satu seni silat yang baru,Ini satu satu pencapaian yang luar biasa.Sesuatu yang jarang dilakukan oleh mana mana pendekar.

Banyak seni silat yang dipelajarinya di Alam Nusantara.Di antaranya silat TERELAK, dan SENDENG, Falsafah silatnnya menunjukkan sikap terbuka. Dalam perselitan siapa yang cepat dia dapat, belatih dengan besi tak akan rugi , ia akan berguna kemudian nanti. Silat melibatkan speed, power and aquaricy bermaksud kelajuan, kekuatan dan ketepatan  LAJU  PADU  JITU