Tuesday, December 29, 2015

SENI PERUBATAN WARISAN SHAIKH DADA

Mamu Dada atau nama sebenarnya Shaikh Dada(1905-1947) buka sekadar seorang pendekar silat yang hebat dan tersohor. Nyata beliau  seorang ahli perubatan yang handal. Dirumuskannya  beberapa petua tentang penyembuhan tradisional berasaskan penggunaan bebahan alami.

Tertib perubatannya bermula  dari atas turun ke bawah. Daripada  kepala - sakit kepala, turun ke mata, telinga , hidung, tekak, dada dan seluruh anggota.

Petua petua yang dirumuskannya berakhir dengan sakit melibatkan lelaki dan wanita. Petua mengubati sakit kepala atau PEKANG menurut Shaikh Dada :

 Bab ini ubat sakit kepala :

 - Ambil bawang merah dan telur ayam dan gula batu kacau dengan minyak masak
   di api dahulu.Jika sudah masak diberi makn insya Allah.

 - Bab ini ubat sakit kepala. Ambil ganti berat 16 belas saga dan gula batu 16 belas
    saga,digiling semuannya lumat lumat dilumur dikepalannya insya Allah.

 - Bab ini sakit pekang iaitu sakit kepala. Ambil jintan hitam secukupnnya dan air
   asam limau sebiji campur kedua-duanya tempek di kepala insya Allah.

Seterusnya bab sakit mata :

   Bab ini ubat sakit mata ambil jintan putih dan air susu orang beranak muda. Maka dicampurkan jintan putih dengan air susu maka diperahkan pada mata yang sakit itu insya Allah.

Bab ini ubat sakit mata sampai bengkak . Ambil ketumbar maka diasahkan dengan air mawar dicelakkan  maka matanya bengkak itu sampai sembuh insya Allah.

Bab ini ubat ketumbuh naik di dalam mata putih rupanya ambil tebu salak bakar masak masak  kupas ambil buahnya .Maka ambil nasi segenggam basuh 3 kali rendam diembun, perah.Ambil air tebu sama banyak dengan air nasi itu campur kedua duanya titik masuk ke dalam mata insya Allah.

Bahan bahan alami yang digunakan oleh  Shaikh Dada dalam psrubatan ini ialah :

Bawang merah, telur ayam kampung, gula batu, minyak masak yakni minyak kelapa. Kini untuk maksud peubatan sesuai digunakan minyak kelapa dara. Bahan bahan lain ialah ganti, air susu perempuan beranak muda, jintan hitam, air asam limau, jintan putih, ketumbar, air mawar, tebu salak, air nasi dan lain lain.

Bahan bahannya secara bergambar seperti berikut akan diperkemaskan untuk para pencinta dan peminat beliau. Ini adalah kazanah perubatan untuk anak anak Pulau Pinang :


Tuesday, December 15, 2015

Sunday, December 6, 2015

HIZB WIQOYA BACAAN UNTUK MEMPERKUATKAN HATI

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/phwq132ED7U" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Thursday, November 19, 2015

MENJEJAKI SENI PERSILATAN YANG PERNAH DIKUASAI SHAIK DADA

Antara seni persilatan bangsa-bangsa lain yang beliau kuasai ialah JUJITSU,KUNTAU, SALEMBOM DLL



                               

KEULUNGAN SHAIK DADA DALAM ILMU KEPENDEKARAN

BUKTI KEPENDEKARAN SHAIKH DADA DALAM ILMU PERSILATAN

SHAIKH DADA nama yang sangat terkenal di P.Pinang.Meski pun telah meninggal dunia hampir 70 tahun yang lalu, namanya tetap disebut sebut dan dikenang dikenang. Dikenang sebagai tokoh berjasa.Tokoh yang meninggalkan sesuatu yang berharga buat anak bangsanya, Melayu Pulau Pinang.

Siapa kata Melayu P.Pinang tidak mempunyai warisannya yang  tersendiri. Buka sekadar tersendiri bahkan suatu warisan yang unik dan gemilang . Dada atau nama sebenarnya  Shaik Gulameah bin SheikhAhmad Meah telah mewariskan kepada kita sebuah kazanah yang tak ternilai untuk diukur dengan wang ringgit . Sebuah harta intelek. 

Apa yang beliau tinggal dan pusakai kepada kita  itu ? Beliau telah mewariskan keterampilan dalam ilmu persilatan. Apa yang dinamakan sebagai SILAT PELAGA bermaksud combat fighting, SILAT PETIR  atau PETIAQ. Silat tersebut dinobatkan menjadi Seni Silat P.Pinang. Bermakna ia menjadi milik masyarakat Melayu P.Pinang. Suatu masa dulu dikenali JAWI PEKAN atau JAWI PERANAKAN.

Shaikh Gulameah bin Shaik Ahmad Meah (1905-1947 )

Apa yang hebat dengan tokoh ini ialah pandangannya yang bersifat global.Sejak dari awal beliau tidak menolak silat silat yang ada kepada semua bangsa. Namun begitu beliau tetap berpijak pada seni Melayu. Beliau mempelajari seni silat Melayu yang berbagai ragam, seni silat Jepun, China, Korea, Thai dan India. Beliau menguasai tari silat dan tapak silat dalam dalam menguasai pergerakan. Secara keseluruhan belaiau mempelajari, mahir dan menguasai 17 jenis permainan silat. Satu satu tokoh silat yang menunjukkan penampilan dan prestasi yang terbukjti semasa hayatnya, Bukan sekadar dakwaan malahan membukjtikannya semasa hayat. Beliau bersifat kreatif dan menulis catatan atau manuskrif dalam mencetuskan satu seni silat yang baru,Ini satu satu pencapaian yang luar biasa.Sesuatu yang jarang dilakukan oleh mana mana pendekar.

Banyak seni silat yang dipelajarinya di Alam Nusantara.Di antaranya silat TERELAK, dan SENDENG, Falsafah silatnnya menunjukkan sikap terbuka. Dalam perselitan siapa yang cepat dia dapat, belatih dengan besi tak akan rugi , ia akan berguna kemudian nanti. Silat melibatkan speed, power and aquaricy bermaksud kelajuan, kekuatan dan ketepatan  LAJU  PADU  JITU


                          

Friday, October 9, 2015

MENGINGATI SHAIK EUSOFF LELUHUR SHAIK DADA



SHAIKH EUSOFF ADALAH HARTAWAN JAWI PERANAKAN YANG SANGAT TERKENAL PADA ABAD KE 19. MENURUT SEJARAH YANG DIJEJAKI OLEH KELUARGA SHAIKH EUSOFF BELIAU LAHIR PADA TAHUN 1833 DAN MENINGGAL PADA PENGHUJUNG ABAD KE 19.  TEPATNYAPADA  TAHUN 1894, KETIKA BERUSIA 61 TAHUN.


SEBUT SAHAJA NAMA SHAIK EUSOFF KITA AKAN INGAT HARTA WAKAF YANG BELIAU TINGGALKAN.

SIAPA YANG TAK KENAL DENGAN WAKAF SHAIKH EUSOFF ITU ? 

WAKAF  TERLUAS  DAN TERBESAR DI P. PINANG. TANAH WAKAF YANG TERLETAK DI DHOBY GUARD DI JALAN AIR ITAM 

TANAH WAKAF YANG JUMLAHNYA BERNILAI RATUSAN JUTA RM KINI. 

LOKASINYA  DI TENGAH-TENGAH PUSAT BANDAR GEORGE TOWN. BANDAR YANG LEBIH DIKENALI  TANJONG OLEH  MELAYU P.PINANG. 

APA YANG LEBIH PENTING LAGI PADA NAMA BESAR TERSEBUT ? 

BELIAU TELAH  LAMA MENINGGALKAN KITA. NAMUN NAMANYA HIDUP DISEBUT-SEBUT,  MASIH TERNGIANG NGIANG DIKUPING TELINGA  HINGGA KE HARI INI. MENGAPA ?  SHAIK EUSOFF MATI MENINGGALKAN JASA .BENAR KATA-KATA YANG DITINGGALKAN OLEH DADA YANG TERAKAM DI BATU NISANNYA BAHAWA;


JASA TIDAK BINASA.

 KATA PEPATAH :

HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, 


GAJAH MATI MENINGGALKAN, 


MANUSIA MATI MENINGGALKAN JASA YANG TERBILANG  


NAMA SHAIKH EUSOFF TELAH DIABADIKAN PADA SATU JALAN IAITU JALAN SHAIK EUSOFF 


 BENAR SABDA NABI SAW  YANG MAKSUDNYA :

APABILA MATI ANAK ADAM TERPUTUS  DARIPADANYA SEMUA PERKARA  KECUALI 3   IAITU 

ILMU YANG BERGUNA YANG DITINGGALKAN, AMAL SOLEHNYA YANG DICURAHKAN DI JALAN ALLAH  DAN DOA DARIPADA ANAK YANG SOLEH.

ITULAH  SHAIKH EUSOFF 

APA HUBUNGAN SHAIK EUSOFF DENGAN DADA ?

DADA ADALAH NAMA PANGGILAN YANG MASYHOR UNTUK SHAIKH GULAMEAH BIN SHAIK AHMAD MEAH. BELIAU ADALAH TOKOH YANG TELAH DINOBATKAN PENDEKAR PULAU PINANG OLEH KERAJAAN MALAYSIA . WATIKAHNYA TELAH DITANDA TANGANI OLEH TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI PULAU PINANG  TUN ABDUL RAHMAN ABBAS .

DADA ADALAH KETURUNAN DARIPADA  HARTAWAN YANG BERJASA TERSEBUT . LEBIH TEPAT CUCU PENAKAN  SHEIKH EUSOFF 

MENELUSURI TOKOH INI BERMAKNA  KITA AKAN MENYINGKAP SEJARAH AWAL PEMBUKAAN PULAU PINANG, DARIPADA MANA TERCETUSNYA PERMAINAN BORIA DAN BANYAK PERKARA TENTANG KEMUNCULAN MASYARAKAT JAWI PEKAN ATAU JAWI PERANAKAN DI PULAU PINANG . 

PENULIS TELAH MENGHADIRI MAJLIS PERHIMPUNAN SEMULA IKATAN KASEH KELUARGA SHAIK EUSOFF  PADA  HARI JUMAAT  25 ZULHIJAH 14356 H /9 OKTOBER 2015

Ikatan Kaseh

MARI KITA MENYINGKAP ASAL -USUL KETURUNAN YANG MULIA INI. . DIKHABARKAN SEMASA MALAM IKATAN KASEH KETURUNAN INI BERASAL DARIPADA KOMANDER REJIMEN  SEPOI YANG DATANG SEMASA BRITISH MULA BERTAPAK DI PULAU PINANG SELEPAS 1786.  BELIAU ADALAH SHAIK NATAR SAHIB. DARIPADA REJIMEN YANG SHAIKH NATAR SAHIB  PIMPIN INI   BERMULANYA PERTUNJUKAN BORIA.PERTUJUKAN YANG DIPERSEMBAHKAN  PADA MALAM 10 MUHARRAM  DI HASHARAH  KHANA  TERELETAK DI LEBOH CHULIA , P.PINANG.

SUSUR GALUR KETURUNAN TERSEBUT SEBAGAIMANA BERIKUT BERDASARKAN  APA YANG DISEBUT OLEH SHAIK JAILANI BIN SHAIK IMAM SALAH SEORANG WARIS KETURUNAN SHAIK EUSOFF :

SHAIK NATTAR SAHIB 

SHAIK ABDUL LATIF

SHAIK EUSOFF

SHAIK SADAQ 

SHAIK IMAM 

SHAIK  JAILANI