Friday, June 8, 2012
SENAMAN-SENAMAN ASAS SILAT PELAGA
Wednesday, June 6, 2012
MESEJ DAN WAWASAN SHAIKH DADA KEPADA BANGSANYA
SHAIKH DADA bukan sekadar pesilat dan pendekar sahaja. Ia adalah seorang pengkaji masyarakat. Ia telah lama menyedari punca kepincangan bangsanya dalam banyak hal.
Dikemukakan sebab musabab dan jalan keluarnya.
Formula penyelesaiannya paling mendasar untuk kebangkitan umat meliputi aspek jasmani dan rohani. Inilah mesej Shaikh Dada kepada bangsanya pada tahun 1947, 65 tahun yang lalu.
Namun masih relevan dan membekas untuk dijadikan pedoman di zaman muthaakhir terutama kepada Melayu P.Pinang
Namun masih relevan dan membekas untuk dijadikan pedoman di zaman muthaakhir terutama kepada Melayu P.Pinang
A NATION CAN ONLY BE STRONG , RICH, PROSPEROUS
AND INDUSTRIOUS BY THESE TWO POWERS NAMELY
THE BRAIN POWER AND BODILY POWER. IN ORDER TO
ACHIEVE THESE POWERS WHICH OUR EASTERN PEOPLE
HAS BEE LACK OF OR ENTIRELY IGNORE AND WHICH
IS THE MOST IMPORTANT TO HUMAN KIND MUST BE
HAS BEE LACK OF OR ENTIRELY IGNORE AND WHICH
IS THE MOST IMPORTANT TO HUMAN KIND MUST BE
TRAINED AND EXERCISES TO STRENGTHEN , THE
BRAIN POWER AS WE ALL DO TO OUR BODIES.
BY THIS STRENGTHENED BRAINS AND BODIES OUR
BY THIS STRENGTHENED BRAINS AND BODIES OUR
EASTERN PEOPLE CAN BE STRONG CLEVER, RICH,
PROSPEROUS AND INDUSTRIOUS.
FOR EXAMPLE IT IS
NOT THE ATOMIC BOMB IS MUCH POWERFUL BUT
THE VERY BRAIN OF SCIENTIST IS THE MOST
POWERFUL AND DANGEROUS AND THAT THIS VERY
BRAIN THAT DESTROYS THE ALL HUMAN KIND
TERJEMAHAN:
SYARAT SESEBUAH NEGARA MENJADI
HEBAT, KUAT, MEWAH, MAKMUR, KAYA RAYA DAN
MAJU JAYA BERGANTUNG KEPADA PENGEMBILANGAN
PADU DUA JENIS KEKUATAN IAITU KEKUATAN AKAL
FIKIRAN DAN KEKUATAN JASMANI.
DALAM USAHA MELAKSANAKANNYA ORANG-ORANG
DI TIMUR BUKAN SAHAJA SERBA KETINGGALAN
MALAHAN TELAH MENGABAIKANNYA SAMA SEKALI.
SEDANGKAN IANYA SANGAT PENTING UNTUK DILATIH DAN DIBANGUNKAN DEMI MEMBINA KEKUATAN YANG

SEIMBANG MELIPUTI KEKUATAN JASMANI
DAN AKAL FIKIRAN.
KEJAYAAN MENYEPADUKAN DUA JENIS KEKUATAN INI AKAN MEMASTIKAN KITA MENJADI KUAT, KAYA RAYA,MAKMUR DAN MAJU JAYA.
CONTOHNYA BUKANLAH LEDAKAN BOM ATOM
KEJAYAAN MENYEPADUKAN DUA JENIS KEKUATAN INI AKAN MEMASTIKAN KITA MENJADI KUAT, KAYA RAYA,MAKMUR DAN MAJU JAYA.
CONTOHNYA BUKANLAH LEDAKAN BOM ATOM
YANG HEBAT, YANG SEBENARNYA TERHEBAT DAN
SANGAT BERBAHAYA IALAH CETUSAN FIKIRAN
SAINTIST YANG MENGHASILKANNYA.
LEDAKAN HASIL DARIPADA CETUSAN OTAK YANG DAHSYAT ITULAH YANG TELAH
MENGHANCURKAN SELURUH UMAT MANUSIA.
LEDAKAN HASIL DARIPADA CETUSAN OTAK YANG DAHSYAT ITULAH YANG TELAH
MENGHANCURKAN SELURUH UMAT MANUSIA.
HALATUJU SILAT UNTUK APA ? : SEJARAH KEPENDEKARAN MELAYU
KE MANAKAH HALATUJU PERSILATAN SUPAYA TIDAK DIPERALAT DAN DIPERGUNAKAN UNTUK TUJUAN POLITIK SEMPIT YANG BERKEPENTINGAN:
AMANAT PM DATUK SRI NAJIB MALAM PENDEKAR 1 MALAYSIA
APAKAH AMANAT PM TENTANG PERANAN PARA PESILAT DEMI UNTUK KEUTUHAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA - SILAT MEMUPUK KEHARMOMIAN
SENI SILAT KE MANAKAH HALATUJUNYA
Ayat Al Quran memberikan pedoman :
Tolong menolong dalam berbuat kebaikan dan menegakkan taqwa bukannya bantu membantu dalam berbuat dosa dan permusuhan - Surah Al Maedah Surah 5 : 2
Jadi silat harus dipergunakan untuk tujuan kebaikan.Di antara ialaha :
KEBAKTIAN - untuk diri,masyarakat dan negara
KEHORMATAN - menjaga maruah diri, keluarga dan bangsa
KESIHATAN - Seni Pergerakan yang menyehatkan tubuh badan
KEKELUARGAAN- Memupuk ukhuwah dan kasih sayang sesama anggota persilatan dan maruah dan hak orang lain.
KETRAMPILAN - Membina kemahiran dalam berbagai ketrampilan fizikal, kerohanian, minda dll
KEBUDAYAAN - Meneruskan kesinambungan tradisi bangsa untuk diwarisakan kepada generasi muda
KEBERDAYAAN - Membina keuapayaan dalam bebagai lapangan teruatama kekutan ekonomi dan sosial
KEPERKASAAN - Membina keperwiraan
KEHARMONIAN - Menjaga keharmonian di antara sesama kita dengan disiplin
KETUHANAN - Memantapkan Melayu dengan prinsip tauhid dan kekuatan aqidah
<iframe width="640" height="480" src="http://www.youtube.com/embed/kLRUDxBmiOM" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>\
Secara lebih luas mari kita meneliti amanat di bawah ini.Ambil yang baik dan nilai selebihnya.

Silat Pelaga mendapat Penghargaan dari PM
Contohi semangat pendekar
PULAU PINANG 24 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semangat kesetiaan dan disiplin tinggi yang ada pada pertubuhan seni mempertahankan diri patut dijadikan contoh untuk mengekalkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Perdana Menteri berkata, meskipun pertubuhan-pertubuhan tersebut diasaskan oleh kaum tertentu tetapi mereka tidak pernah bermusuhan, sebaliknya sentiasa hormat-menghormati di antara satu sama lain.
"Kita tubuhkan silat bukan kerana menganggap taekwondo sebagai musuh. Taekwondo ditubuhkan pula bukan kerana silambam musuh mereka. Namun, kita menubuhkannya sebab mahu mewujudkan nilai-nilai murni kepada rakyat," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Malam Pendekar 1Malaysia di Dataran Anjung, Penang Times Square di sini malam ini.
Perhimpunan anjuran Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) itu disertai lebih 10,000 orang daripada kira-kira 80 pertubuhan seni mempertahankan diri pelbagai kaum dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Penaung PSSLM, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Mahaguru PSSLM, Tan Sri Omardin Mauju.
Najib yang juga Ulul Amri III PSSLM memberitahu, semangat seperti itu juga yang ditunjukkan oleh pemimpin pelbagai kaum semasa menuntut kemerdekaan negara dulu.
"Mereka pemimpin pelbagai kaum sanggup mengetepikan segala perbezaan kerana bagi mereka tiada yang lebih penting melainkan mencapai bangsa merdeka dan berjaya," ujarnya.
Pada majlis itu, Najib turut menganugerahkan Tokoh Silat kepada tiga individu yang telah meninggal dunia dan memberi sumbangan besar dalam seni mempertahankan diri iaitu Sheikh Gulameh Sheikh Ahmad Meah dari Persatuan Seni Silat Pelaga; Maria Pakian dari Persatuan Nillai Kalakki Silambam dan Datuk Peng Chye Khim yang merupakan Ketua Jurulatih Peng Shaolin
Tuesday, June 5, 2012
Kelebihan Sheikh Dada
Tokoh ini seperti yang terbukti seorang pesilat yang bersifat global atau sejagat . Beliau mempelajari mempelajari apa saja silat yang terbilang untuk memahami falsafahnya.Menguasai kemahiran yang pelbagai dan yang terpenting tahu bagaimana mempergunakannya bila perlu.
Tokoh ini juga menguasai tari silat Melayu yang pelbagai jenis seperti
1. BAWA KAYU
2. KERA atau BERUK
3. PUTERI ORAI RAMBUT
4. PAYONG
5. GAYONG
6. SIREH SEKAPOR
7. RIMAU
TARI SILAT KERA ATAU BERUK -
LANGKAH SEMBAH SILAT TAPAK BERUK DITARIKAN OLEH PAK DIN KUALA BERANG , TERENGGANU

SENAMAN ASAS SILAT PELAGA PETIR MELAYU P.PINANG
Pesanan Sheikh Dada kepada para muridnya.
Silat ini silat yang memakan belanja.Perlu tubuh yang kuat, makanan yang berkhasiat, disiplin dan daya tahan yang kental dan jadual waktu latihan yang teratur.
Nasihat Dada sebelum diterima menjadi anak murid :
Sebelum hang nak belajar silat aku hang pi cari kerja dulu.Lepas tu hang mai jumpa aku. Itu jawapan Dada kepada Pak Mail Letrik.Ketika itu beliau berumur belasan tahun. Dada sering bertandang ke rumah bapa saudaranya yang bernama di rumah Kampung Hariat Pulau Pinang sebelum Perang Dunia Kedua sekitar tahun 1937, 75 tahun dahulu.
Kepada Yahaya Haji Salleh atau Pak Ya ketika mula dipekenalkan dengan Dada beliau memerhati dari atas ke bawah beulang kali tanpa memberi sebarang jawapan.Selepas 1 bulan baru beliau memanggil untuk berlatih.Itu sekeadar exercise biasa.Kemudian diberi sebatang kayu untuk mengatur langkah. Beliau menguji adakah pelatih ini serius dan benar-benar hendak berlatih silat. Jika bersungguh pasti ia akan tunggu.
Haji Yahaya belajar silat secara kebetulan.Bukannya terbit dari dirinya tetapi dicadangkan oleh sepupunya Pak Pin.
Budak ini nak belajar silat. Hang ajarlah.
Pak Pin dan Dada sahabat baik yang sebaya umur.Ketika itu Pak bekerja dengan Jabatan Pengangkutan dan mempunyai sebuah motorsikal Triump yang anggun.Dada sering ke mana-mana bersama Pak Pin.Dada sering berkunjung ke rumah Pak Pin di Lorong Pushi.Kini bernama Lorong Abu Siti.Ketika itu pada tahun masyarakat Melayu masih ramai di bandar. Terutama di Kinta Lane, Jalan Pahang, Jalan Siam,Jalan Melaka dan Jalan Baru (Maclister Road).Di situ wujud sebuah sekolah Melayu benama Sekolah Kebangsaan Jalan Baru.Kini tapak PPD Pulau dan Bangunan Persatuan Melayu P.Pinang.
Pengalaman Pak Ya ialah Dada hanya memberi satu dua petua dan petunjuk.termasuk senaman asas seperti pamping dengan pelbagai cara, senaman buaya,senaman rimau dll.
LATAR BELAKANG SENI SILAT PELAGA PETIR
Itu nama yang termaktub dalam manuskrip Sheikh DADA sebagaimana tertulis dengan nyata. SILAT PELAGA, SILAT PETIR DAN SILAT MELAYU PULAU PINANG.
Nama-nama lain yang muncul kemudian dinamakan oleh pembawanya yang menonjolkan aspek-aspek tertentu dalam permainan ini seperti Silat Siku 12 belas.
Permainan ini bukan seni silat siku semata-mata.Ia adalah seni silat yang mempergunakan seluruh anggota tubuh badan untuk dijadikan senjata yang ampuh dalam pertempuran.
Ini terbukti sebagaimana Sheikh Dada sendiri mengamalkannya dalam kehidupan. Pengalaman praktik beliau ketika menumbangkan para pesaing dan lawannya seperti Wahab Minangkabau,Jaguh tomoi dari Kelantan, Hasan Shendo dan taiko-taiko yang lain.
Begitu juga dengan para pesilat warisan DADA seperti Pak Hashim Kerbau, Hamid Chukinik Pak Sahak Kastam, Haji Yahaya Tg To'kong , Ibrahim Bodi dll. Mereka bersilat dengan menggunakan seluruh anggota tubuh. Bukannya siku sahaja.
Pak Hashim sangat unggul dalam permainan siku, Hamid Chukenik sangat mahir dalam tendangan kaki, Pak Ya sangat gemar menggunakan himbauan berkombinasi dengan buku tangan, siku dan kaki.
Masing-masing ada keahlian yang tersendiri.Bukannya hanya memperkenalkan permainan siku semata-mata.Dari pemerhatian memang siku - gabungan lengan atas dan bawah dengan otot kepak bahu yang kuat "deltoid" terbukti senjata yang amat kuat dan hebat.
Kajian khusus perlu dibuat untuk membuktikan keberkesanannya.Sebagaimana yang dilakukan oleh para pesilat Jepun.Mereka menekuni dan menghalusinya bertahun-tahun untuk mendapatkan hasilnya.
Ia adalah seni gabungan yang mempergunakan segala potensi tubuh untuk dijadikan senjata. Pukulan kombinasi untuk menjatuhkan musuh dengan cepat. Pukulan untuk mencedarakan,meremukkan tulang dan membuat pukulan maut.

Semua anggota terlibat.Dari siku,tangan,buku lima / penumbuk,kaki,lutut, pergelangan kaki, tumit, tunjal kaki, jari, kepala dan seluruh anggota.
Silat ini ialah seni tempur "combat fighting" silat penggempur jarak dekat.Dada menamakannya SILAT PELAGA. Disebabkan permainan ini mengutamakan kederasan dan ketangkasan yang hebat secepat petir yang berdentum DADA menggelarinya SILAT PETIR.
Silat ini dizahirkan di Pulau Pinang. Sesuai dengan tempat kemunculannya ia diisytiharkan sebagai SILAT MELAYU PULAU PINANG.
Silat ini dizahirkan di Pulau Pinang. Sesuai dengan tempat kemunculannya ia diisytiharkan sebagai SILAT MELAYU PULAU PINANG.
PERSATUAN SENI SILAT MEMPERTAHANKAN DIRI PELAGA- PETIR MELAYU PULAU PINANG
PERSATUAN SENI SILAT MEMPERTAHANKAN DIRI PELAGA PETIR MELAYU PULAU PINANG
Ahli Jawatankuasa Penaja :
Pengerusi : Mohd Salleh bin Yahaya
Penimbal Pengerusi : Harun Bamiah
Setiausaha :Idris bin Yaha
Bendahari:
Haja Mohidin Haji Abu Backer
Haja Mohidin Haji Abu Backer
AJK :
1. Abdul Wahab bin Sini Ibramsah
2. Abdul Hadi Balik Pulau
3. Che Bakar Tanjong To'kong
4. Azhar Tg Tokong
5. Abdul Wahab Yahaya
6. Mustafa Kamal bin Yahaya
7.
8.
2. Abdul Hadi Balik Pulau
3. Che Bakar Tanjong To'kong
4. Azhar Tg Tokong
5. Abdul Wahab Yahaya
6. Mustafa Kamal bin Yahaya
7.
8.
PERMAINAN SILAT YANG PERNAH DIPELAJARI SHEIKH DADA
SENI SILAT TERLAK
SENI SILAT KUNTAO
SILAT SENDENG
SENI SILAT JEPUN JUJITSU
SENI SILAT SILAMBAM
SENI SILAT PETIR SIKU
SENI INI DIMAINKAN OLEH RAZALI. BELIAU BELAJAR DARIPADA PAK HASHIM KERBAU YANG TINGGAL DI BUKIT GELUGOR P.PINANG
<iframe width="960" height="720" src="http://www.youtube.com/embed/jI7J1jveSDE" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
<iframe width="960" height="720" src="http://www.youtube.com/embed/jI7J1jveSDE" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
SHEIKH DADA JENIS KETRAMPILAN SENI BELA DIRI YANG DIKUASAI
SHEIKH DADA ADALAH PENGASAS SENI SILAT PELAGA ATAU NAMA LAIN SENI SILAT PETIR ATAU SILAT MELAYU PULAU PINANG .
Seni persilatan ini beliau cetuskan hasil daripada eksperimen sepanjang hayat. Sebelum mencetuskannya beliau telah meneroka serata alama Melayu. Beliau mempelajari berbagai ketrampilan dalam bela diri. Sheikh ini tidak terkurung dalam dunia persilatan bangsanya.
Ia menjenguk keluar menimba pengalaman daripada seni bangsa-bangsa lain. Ini menunjukkan beliau adalah seorang pesilat yang bersifat global dan terbuka.Dalam mempelajari ilmu persilatan beliau mempunyai adab yang tinggi. Tidak pernah memperkecilkan seni persilatan apa pun.Baginya setiap seni bikinan manusia ada kekuatan ada kelemahan. Siapa yang cepat dia dapat.
Mari kita menyelami insan istimewa ini.Apa kelebihan dan kekuatannya. Dia adalah pencetus seni persilatan baru yang bersifat moden dan saintifik. Sebelum mencetuskan seni ini beliau telah mempelajari dan menguasai 17 jenis ketrampilan. Di antaranya ialah :
SENI SILAT KUNTAU MELAKA
SENI SILAT TERELAK
SENI SILAT SENDENG
TOMOI
SENI SILAT SALEMBOM TAWGAW
JUJITSU
BOXING

SHEIKH DADA SILAT PELAGA
MAKLUMAT PESILAT INI IALAH BELIAU MEMPELAJARINYA PERMAINAN INI DARIPADA PAK HASHIM BUKIT GELUGOR SALAH SEORANG MURID MAMU DADA
Sunday, June 3, 2012
SILAT PELAGA
SENI SILAT PELAGA "COMBAT FIGHTING" ADALAH PESAKA MELAYU PP. IA PERLU DIBANGUNKAN UNTUK MEMBINA DAN MENGISI JIWA DAN GENERASI MUDA MELAYU. MEMBINA JATI DIRI MELAYU YANG PERKASA.
IA MEMPUNYAI SILIBUS YANG KONKRIT. BERMULA DENGAN SENAMAN ASAS, BUAH PUKULAN, TAPAK SILAT, PERSEMBAHAN, LATIHAN BERPASUKAN, SISTEM PEMAKANAN DAN PIAWAIANNYA.
TUJUANNNY UNTUK MENENTUKAN KEBERHASILAN PERMAIANAN SENI PERSILATAN INI SEBAGAI SENI SILAT YANG SAINTIFIK
<iframe width="640" height="480" src="http://www.youtube.com/embed/jI7J1jveSDE" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
<iframe width="640" height="480" src="http://www.youtube.com/embed/jI7J1jveSDE" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
SILAT PELAGA ATAU SILAT PETIR MELAYU PULAU PINANG
CONTOH PERMAINAN SELAT PETIR YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH PARA PEWARISNYA.
PERMAINAN SENI SILAT PELAGA
PERMAINAN SENI SILAT PELAGA YANG DIMAINKAN OLEH PEWARISNYA DARIPADA ANAK MURID DADA YANG BERGURU LANGSUNG DENGAN ALLAHYARHAM DARIPADA TAHUN 1945-1947. . HAJI YAHAYA MENGAJARINYA KEPADA ANAKNYA ABDULLAH.
BELIAU BERTEKAD MENURUNKANNYA KEPADA ANAK - ANAKNYA.MEREKA TINGGAL DI KL. BERCITA-CITA MENGHIDUPKAN SENI PERSILATAN INI UNTUK DIWARISKAN MENGIKUT JALUR KELUARGA.
SHEIKH DADA PENDEKAR MELAYU PULAU PINANG
SEBUAH RENCANA TENTANG SHEIKH DADA.
ATAS NAMA ALLAH YANG MAHA BESAR RAHMATNYA
LAGI SENTIASA MENCURAHKAN NIKMATNYA
RIWAYAT HIDUP INSAN BERJASA - SHEIKH DADA TOKOH PENDEKAR MELAYU PULAU PINANG
SHEIKH DADAatau Mamu DADA
Nama lengkapnya ialah Sheikh Gulameah bin Sheikh Ahmad Meah. Beliau adalah seorang tokoh besar
dalam ilmu persilatan di Pulau Pinang. Mamu Dada ialah anak kelahiran Kampung
Hariat , Mukim Kelawai Pulau Pinang. Pada ketika itu Kelawai ialah sebuah mukim Melayu yang besar
Kelawai mengandungi 12 kampung di dalamnya. Itu menurut kenyataan anak jati Kelawai yang bersia 56 tahun Encik Salahudin Khan bin Biyazid Khan, cucu penakan kepada Mamu Dada. Di antaranya ialah Kampung Fuad, Batu Putih, Kampung Belah Dua,Kampung Palembang, Tepi laut Raja, Kampung Sirih dll.
Beliau dilahirkan pada tahun 1905 dan meninggal dunia dalam umur muda ketika berusia 42 tahun (1905-1947). Menurut riwayat keturunannya ada mempunyai pertalian dengan Sheikh Yusuf bin Sheikh Abdul Latif seorang meliana Melayu yang terkenal di Pulau Pinang. Beliau mempunyai banyak tanah yang diwakafkan hingga kini terutama di Air Itam.

Walau
pun usianya pendek beliau telah meninggalkan jasa dan kazanah berharga
untuk bangsanya iaitu suatu jenis seni persilatan yang hebat. Sesuatu
yang terhasil daripada pencarian sepanjang hayat. Nama beliau
dikenang-kenang sehingga ke hari ini oleh para pencita seni silat
Melayu. Terutama di P.Pinang, Sheikh Dada telah menjadi satu legenda.
Secara
tidak langsung beliau adalah budayawan dan karyawan rakyat yang genius
kerana telah menghasilkan sesutau yang baru dan asli “ SENI SILAT
PELAGA”atau SENI SILAT PETIR DAN SENI SILAT MELAYU PULAU PINANG.
Pada
batu nisannya tertulis kata-kata “ Jasa tidak binasa dikurnia oleh para
muridnya”.
Ungkapan ini sangat benar. Sebagaimana kata Presiden Sukarno:
Ungkapan ini sangat benar. Sebagaimana kata Presiden Sukarno:
“ Hanya bangsa yang
besar mengenang jasa para pahlawannya”. Jadi marilah kita merungkai
tentang sumbangan Sheikh DADA kepada warisan peradaban bangsa kita
sehingga wajar dijulang sebagai tokoh yang gemilang.
Tokoh
ini sebelum menjadi mahaguru silat telah mempelajari 17 jenis seni bela
diri meliputi seni persilatan Melayu, Cina,India, Jepun, Korea, Siam
dan Alam Melayu. Di antaranya yang dipelajari ialah seni silat
sendeng, kuntau, salembom tawgaw, tomoi, Jujitsu dan sebagainya.
Beliau
tokoh yang berfikiran terbuka, besifat global, sedia mempelajari apa
jua ilmu persilatan.
Beliau juga mahir bermain dengan berbagai jenis alat senjata. Sama ada
besi, kayu, ekor pari, tekpi, pedang keris dan tanduk. Juga menguasai
seni gerak dalam berbagai jenis tari silat
Melayu.
Seluruh
hayatnya ditumpu dan ditumpahkan dalam ilmu persilatan. Ini membawanya
mengembara ke pelusuk alam Nusantara. Akhirnya kembali ke P.inang di
pertengahan 1930an.
Setelah membuat penyelidikan dan bereksperimen selama 15 tahun
sebelum mencetuskan seni silat baru.
Seni
yang terhasil daripada gabungan pengalaman berbagai jenis ketrampilan.
Seni silat yang tidak ada sebelumnya dan bersifat moden. Dinamai “
SILAT PELAGA”. Perkembangan daripada silat ini menjadi SILAT PETIR
kerana daya ketangkasan buah pukulannya persis kelajuan petir .
Silat
ini apabila telah mantap beliau isytiharkan “SILAT MELAYU P.PINANG”.
Pada asalnya khas menjadi pusaka masyarakat Melayu P.Pinang.
Silat Pelaga daya cipta Sheikh Dada ialah sejenis “combat fighting”
seni tempur jarak dekat yang mampu membuat pukulan maut.
Seni ini mengggabung permainan kaki, tangan, siku, lutut, pergelangan tangan, buku-buku anggota dan seluruh bahagian tubuh yang dapat dimanfaatkan menjadi senjata apabila dilatih dengan cekap dan jitu.

Falsafah silatnya bersifat universal dan amat praktikal. Beliau berkata :
SEMUA
JENIS PERMAINAN SILAT ADA KEKUATAN DAN KELEMAHANNYA. SIAPA YANG CEPAT
DIALAH YANG DAPAT. JADI BERLATIHLAH DENGAN PENUH KUDRAT DARI SEGI SPEED
,POWER AND ACCURACY – KELAJUAN,KEKUATAN DAN KETEPATAN
BERLATIH DENGAN BESI TIDAK AKAN RUGI, IA PASTI BERGUNA DI KEMUDIAN NANTI
PENTING SEKALI MEMANDANG SETIAP GERAK MUSUH WALAU APA GERAK SEKALI PUN. TERLINTAS DIFIKIRAN SEKALIAN ANGGOTA BEKERJA.
ADA TIGA JENIS PUKULAN DALAM PERSILATAN, PUKULAN UNTUK MENCEDARAKAN
MUSUH, PUKULAN UNTUK MEMATAHKAN TULANG DAN PUKULAN MAUT YANG DITUJUKAN
PADA POINT-POINT TERTENTU.
TUNTUTLAH ILMU YANG BOLEH BAGI TAKUT KEPADA TUHAN RABBUL ALAMIN HINGGA
MENGGELETAR ANGGOTA-ANGGOTA KITA SEKALIAN DENGAN SEBENAR-BENARNYA
Sheikh
ini bermaksud mengajar ilmu silat secara lengkap, berdisiplin dan moden
dengan membawa permainan ini ke dalam jim. Beliau telah menyusun
silibasnya, sistem latihan, pemakanan, perubatan dan sistem
penarafannya.Tujuannya untuk mengangkat darjat seni silat Melayu ke
mercu antarabangsa setanding dengan silat-silat lain di dunia.
Beliau
juga seorang tokoh perubatan yang telah menulis manuskrip perubatan,
mengupas tentang jenis – jenis penyakit dan penawarnya bermula
daripada kesakitan di bahagian kepala dan turun ke bawahnya sehingga
meliputi seluruh anggota.
Beliau telah berjaya merumuskan satu jenis makjun yang bernama “PAKAN”
yang terbuat daripada bahan logam yang dipermatikan bisanya sehingga
boleh dimakan. Para pesilat yang menggunakan makjun ini berupaya
berlatih silat berjam-jam lamanya tanpa letih.
Tokoh
ini mempunyai wawasan yang jauh ke depan, menganalisis punca kemunduran
bangsanya dan langkah maju untuk mengatasinya. Kepada bangsanya
disampaikan mesej ini:
”A
NATION CAN ONLY BE STRONG, RICH, PROSPROUSE, INDUSTRIUS AND ETC BY
THESE TWO POWERS NAMELY THE BRAIN POWER AND THE BODILY POWER. IN ORDER
TO ACHIEVE THESE POWERS WHICH OUR EASTERN PEOPLE HAS BEEN LACK OF OR
ENTIRELY IGNORE AND WHICH IS THE MOST IMPORTANT TO HUMAN KIND MUST BE
TRAINED AND EXERCISES TO STRENGTHEN.
THE BRAIN POWER AS WE ALL DO TO OUR BODIES . BY THIS STRENGTHENED BRAINS AND BODIES OUR EASTERN PEOPLE CAN BE STRONG, CLEVER, RICH, PROSPEROUSE AND INDUSTRIOUS. FOR EXAMPLE IT IS NOT THE ATOMIC BOMB IS MUCH POWERFUL BUT THE VERY BRAIN OF SCIENTIST IS THE MOST POWERFUL AND DANGEROUS AND THAT THIS VERY BRAIN THAT DESTROYS THE ALL HUMAN KIND”.

Sesebuah
negara nescaya menjadi kuat dan hebat, kaya dan makmur, cekap dan
berktrampilan apabila berjaya membangunkan dua jenis kekuatan iaitu
kekuatan rohani dan jasmani. Dalam usaha mencapainya, bangsa-bangsa
di timur bukan sahaja serba ketinggalan malahan telah mengabaikannya
sama sekali. Kedua jenis kekuatan ini perlu dilatih dan dibangunkan
dengan teguh. Hasilnya pasti melahirkan masyarakat kita yang kuat,
hebat, makmur, kaya raya, dan cekap. Sebagai contoh bukanlah kekuatan
ledakan bom atom yang terhebat. Kehebatan yang sebenar terletak pada
otak saintis yang menghasilkannya. Kekuatan minda yang mencetuskannya
itulah yang maha hebat dan berbahaya. Kekuatan itulah yang sebenarnya
telah memusnahkan umat manusia.
Dalam usaha melatih tenaga dan kekuatan rohani,
Dada
telah memberikan beberapa tunjuk ajar. Beliau telah mengamalkannya dan
berjaya melalui berbagai cabaran di sepanjang hayatnya dengan
berpegang kepada keyakinan ini :
DENGAN
SEMANGAT ISLAM YANG CUKUP KERAS DAN CUKUP SINAR MELAWAN DENGAN
SEKALIAN NAFSU HASAD DAN LAIN-LAIN NAFSU.
DENGAN KUASA TUHAN YANG BERKUDRAT, LAGI SUCI, LAGI HIDUP, LAGI
MENDENGAR, LAGI TUNGGAL DAN LAGI BERSIFAT DENGAN SEGALA SIFAT
KESEMPURNAAN DAPATLAH AKU MENAKLUK SEKALIAN NAFSU-NAFSU HASAD
DAN LAIN-LAIN NAFSU YANG MEMBINASAKAN SEKALIAN AKAL, HATI DAN
ANGGOTA-ANGGOTA MANUSIA.
DENGAN BERKAT DOA LAILAHA ILLALLAH MUHAMADAR RASULULLAH
SHEIKH GULAMEAH SHEIKH AHMAD MEAH 1947.
SHEIKH GULAMEAH SHEIKH AHMAD MEAH 1947.
Tokoh
ini telah pergi meninggalkan kita 65 tahun yang lampau. Namun jasanya
kian terserlah dan kini dikenang oleh kerajaan Malaysia sebagai pendekar
negeri Pulau Pinang. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia terutama
atas keperihatinan Y.A.B. Perdana Menteri yang memberi pengiktirafan
terhadap jasa beliau sebagai pendekar dan budayawan rakyat P.Pinang.
Pada kami Melayu P.Pinang, beliau adalah tokoh terunggul dalam dunia
persilatan. Ia telah membuka dimensi baru dalam dunia seni bela diri.
Sebagaimana Syed Sheikh Al Hadi diiktiraf sebagai bapa Pendidikan Islam
Moden dan P.Ramlee sebagai Seniaman Agong.Beliau adalah TOKOH PERSILATAN
MELAYU MDEN.
Akhir kata benar
“SESUNGGUHNYA
“JASA TIDAK BINASA”
SHEIKH GULAMEAH BIN SHEIKH AHMAD MEAH “DADA” ( 1905-1947) TOKOH
PERSILATAN MELAYU MODEN MENCETUSKAN DIMENSI BARU DALAM PERSILATAN
MELAYU NUSANTARA
Kini aktif menjadi Aktivis Sejarah dan pejuang yang gigih mengekalkan warisan Melayu dan Islam di Pulau Pinang. Beliau terlibat dengan penulisan sejarah tempatan dan tokoh-tokoh Melayu Pulau Pinang sepanjang zaman.
Beliau berhasrat menerbitkan buku mengenai Sheikh Dada dengan judul
SHAIKH DADA : JASA TIDAK BINASA”. Jika ada pihak yang sanggup menajanya.
Begitu juga dengan sejarah tempatan yang lain terutama sejarah awal P.Pinang. Beliau adalah anak kepada Tuan Haji Yahaya Hj Salleh. Murid yang berguru langsung dengan Sheikh Dada setelah seni silat ini lengkap dirumuskan pada tahun 1945.

Beliau seangkatan dengan Pak Sahak Kastam dan Ibrahim Bodi, Haji Yahaya telah menghidupkan Silat Petir Warisan Dada di Tanjong To’Kong Pulau Pinang pada tahun 1970an.Haji Yahaya telah meninggal dunia dan dikebumikan di Kepala Batas SPU pada bulan Oktober 2010.
Wednesday, May 9, 2012
SHAIK DADA PENDEKAR PULAU PINANG
BARU -BARU INI PADA DISEMBER 24 2011 KERAJAAN MALAYSIA MENERUSI PROGRAM PENDEKAR 1 MALAYSIA TELAH MENGANUGERAHKAN SHAIKH DADA DENGAN GELARAN PENDEKAR PULAU PINANG .
ANUGERAH INI DITERIMA OLEH MOHD SALLEH YAHAYA SEORANG PENULIS YANG BANYAKM MENGKAJI TENTANG TOKOH INI DAN KELUARGA BELIAU MEWARI PERMAINAN SILAT PELAGA WARISAN DADA.
AYAH BELIAU ADALAH GURU PERMAIANAN SELAT INI DAN TELAH MEMPELAJARI SENI SILAT SENI SILAT PELAGA ATAU SILAT PETIR LANGSUNG DARIPADA ALLAH YARHAM DADA DARI TAHUN 1945 -1947.
SENI SILAT INI DINAMAI SILAT PELAGA KERANA PERMAINANNYA BERSIFAT SENI TEMPUR JARAK DEKAT DENGAN PENDEKATAN MENYERANG DAN BUKANNYA MENGELAK. MENYERANG UNTUK MENCEDERAKAN, MEMATAH TULANG DAN MEMBUNUH.PUKULANNYA . TEPAT PADA SASARANNYA MENGIKUT TITIK TUJU/POINT YANG DITENTUKAN.
DINAMAI SILAT PETIR KERANA BUAH PUKULANNYA YANG PANTAS MENGIKUT RENTAK KILAUAN KILAT ATAU SAMBARAN PETIR
DADA MENAMAKAN SILAT INI SEBAGAI SENI SILAT PULAU PINANG KERANA WARISAN SILAT ASLI INI GUBAHAN ATAU DAYA CIPTA ANAK JATI PULAU PINANG .IA MEMPERSEMBAHKAN SEBAGAI WARISAN UNTUK ANAK-ANAK MELAYU PULAU PINANG.
TERPAPAMPANG DI BATU NISAN ALLAH YARHAM TULISAN YANG BERBUNYI JASA TIDAK BINASA. SEMOGA JASA BELIAU YANG MEMPERKENALKAN SILAT BARU YANG SAINTIFIK INI AKAN DIPERKEMBANGKAN DENGAN PESAKA KEBANGGAAN KITA.

Subscribe to:
Posts (Atom)