ASAL USUL NAMA SILAT INI :
- SILAT INI PERNAH DIDAFRATKAN ATAS NAMA SENI SILAT PETIR NEGERI PULAU PINANG PADA TAHUN 1976 DI TANJONG TOKONG PULAU PINANG
- SENI SILAT PELAGA ADALAH NAMA ASAL KEPADA SILAT INI.NAMA YANG DIPOPULARKAN OLEH SHEIKH DADA PENGASASNYA SENDIRI ALLAH YARHAM SHEIKH GULAMEAH BIN SHEIKH AHMAD MEAH.
- SEBUTAN SIKU 12 BELAS. SEBENARNYA BUKANLAH DATANGNYA DARIPADA PENAMAAN PENGASASNYA SEMASA BELIAU MASIH HIDUP.IA DATANG KEMUDIAN SETELAH BELIAU MENINGGAL DUNIA. POKOKNYA BELIAU TIDAK PERNAH MENAMAKANNYA DENGAN NAMA SEDEMIKIAN .
- INI KERANA IA BUKANLAH PERMAINAN SIKU SEMATA-MATA ! IA PERMAINAN YANG MENGGABUNGKAN SETIAP ANGGOTA TUBUH YANG BERPOTENSI UNTUK DIJADIKAN SENJATA. INI SAMA ADA KAKI, TANGAN, SIKU, KEPALA, PERGELANGAN TANGAN, TUMIT, LUTUT DAN SEBAGAINYA.
- IA ADALAH SEJENIS COMBAT FIGHTING. SENI SILAT TEMPUR JARAK DEKAT.APABILA BERTEMBUNG ATAU BERLAGA SECARA BERHADAPAN BERMAKSUD MENGALAHKAN MUSUH DENGAN TIGA SASARAN. SAMA ADA MENCEDERAKAN LAWAN, MEMATAHKAN TULANG ANGGOTANYA ATAU MEMUKUL DENGAN PUKULAN MAUT.
- FALSAFAHNYA MUDAH SIAPA YANG CEPAT DIA YANG DAPAT !
- NAMA LAIN YANG DIPOPULARKAN ALLAH YARHAM SEMASA HIDUPNYA IALAH SILAT PETIR DEMI MENCAPAI PUKULANNYA YANG PANTAS SEPERTI PETYIR. SALAH SATU LATIHANNYA IALAH SEMASA HALILINTAR MENGGUNTUR DAN PETIR BERDENTUM. DALAM SUASANA TERSEBUT DENGAN BERBEKALKAN AYAT QURSI PESILAT PETIR AKAN TURUN BERLATIH UNRUK MENDAPATKAN SPEED / KELAJUANNYA.
- BUAH PUKULAN SILAT INI DIHUNJAMKAN DENGAN KELAJUAN, KEKUATAN, DAN KETEPATANNYA ATAU DALAN BAHASA INGGEERIS DISEBUT SPEED, POWER AND ACCURACY.
No comments:
Post a Comment