Friday, October 9, 2015

MENGINGATI SHAIK EUSOFF LELUHUR SHAIK DADA



SHAIKH EUSOFF ADALAH HARTAWAN JAWI PERANAKAN YANG SANGAT TERKENAL PADA ABAD KE 19. MENURUT SEJARAH YANG DIJEJAKI OLEH KELUARGA SHAIKH EUSOFF BELIAU LAHIR PADA TAHUN 1833 DAN MENINGGAL PADA PENGHUJUNG ABAD KE 19.  TEPATNYAPADA  TAHUN 1894, KETIKA BERUSIA 61 TAHUN.


SEBUT SAHAJA NAMA SHAIK EUSOFF KITA AKAN INGAT HARTA WAKAF YANG BELIAU TINGGALKAN.

SIAPA YANG TAK KENAL DENGAN WAKAF SHAIKH EUSOFF ITU ? 

WAKAF  TERLUAS  DAN TERBESAR DI P. PINANG. TANAH WAKAF YANG TERLETAK DI DHOBY GUARD DI JALAN AIR ITAM 

TANAH WAKAF YANG JUMLAHNYA BERNILAI RATUSAN JUTA RM KINI. 

LOKASINYA  DI TENGAH-TENGAH PUSAT BANDAR GEORGE TOWN. BANDAR YANG LEBIH DIKENALI  TANJONG OLEH  MELAYU P.PINANG. 

APA YANG LEBIH PENTING LAGI PADA NAMA BESAR TERSEBUT ? 

BELIAU TELAH  LAMA MENINGGALKAN KITA. NAMUN NAMANYA HIDUP DISEBUT-SEBUT,  MASIH TERNGIANG NGIANG DIKUPING TELINGA  HINGGA KE HARI INI. MENGAPA ?  SHAIK EUSOFF MATI MENINGGALKAN JASA .BENAR KATA-KATA YANG DITINGGALKAN OLEH DADA YANG TERAKAM DI BATU NISANNYA BAHAWA;


JASA TIDAK BINASA.

 KATA PEPATAH :

HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, 


GAJAH MATI MENINGGALKAN, 


MANUSIA MATI MENINGGALKAN JASA YANG TERBILANG  


NAMA SHAIKH EUSOFF TELAH DIABADIKAN PADA SATU JALAN IAITU JALAN SHAIK EUSOFF 


 BENAR SABDA NABI SAW  YANG MAKSUDNYA :

APABILA MATI ANAK ADAM TERPUTUS  DARIPADANYA SEMUA PERKARA  KECUALI 3   IAITU 

ILMU YANG BERGUNA YANG DITINGGALKAN, AMAL SOLEHNYA YANG DICURAHKAN DI JALAN ALLAH  DAN DOA DARIPADA ANAK YANG SOLEH.

ITULAH  SHAIKH EUSOFF 

APA HUBUNGAN SHAIK EUSOFF DENGAN DADA ?

DADA ADALAH NAMA PANGGILAN YANG MASYHOR UNTUK SHAIKH GULAMEAH BIN SHAIK AHMAD MEAH. BELIAU ADALAH TOKOH YANG TELAH DINOBATKAN PENDEKAR PULAU PINANG OLEH KERAJAAN MALAYSIA . WATIKAHNYA TELAH DITANDA TANGANI OLEH TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI PULAU PINANG  TUN ABDUL RAHMAN ABBAS .

DADA ADALAH KETURUNAN DARIPADA  HARTAWAN YANG BERJASA TERSEBUT . LEBIH TEPAT CUCU PENAKAN  SHEIKH EUSOFF 

MENELUSURI TOKOH INI BERMAKNA  KITA AKAN MENYINGKAP SEJARAH AWAL PEMBUKAAN PULAU PINANG, DARIPADA MANA TERCETUSNYA PERMAINAN BORIA DAN BANYAK PERKARA TENTANG KEMUNCULAN MASYARAKAT JAWI PEKAN ATAU JAWI PERANAKAN DI PULAU PINANG . 

PENULIS TELAH MENGHADIRI MAJLIS PERHIMPUNAN SEMULA IKATAN KASEH KELUARGA SHAIK EUSOFF  PADA  HARI JUMAAT  25 ZULHIJAH 14356 H /9 OKTOBER 2015

Ikatan Kaseh

MARI KITA MENYINGKAP ASAL -USUL KETURUNAN YANG MULIA INI. . DIKHABARKAN SEMASA MALAM IKATAN KASEH KETURUNAN INI BERASAL DARIPADA KOMANDER REJIMEN  SEPOI YANG DATANG SEMASA BRITISH MULA BERTAPAK DI PULAU PINANG SELEPAS 1786.  BELIAU ADALAH SHAIK NATAR SAHIB. DARIPADA REJIMEN YANG SHAIKH NATAR SAHIB  PIMPIN INI   BERMULANYA PERTUNJUKAN BORIA.PERTUJUKAN YANG DIPERSEMBAHKAN  PADA MALAM 10 MUHARRAM  DI HASHARAH  KHANA  TERELETAK DI LEBOH CHULIA , P.PINANG.

SUSUR GALUR KETURUNAN TERSEBUT SEBAGAIMANA BERIKUT BERDASARKAN  APA YANG DISEBUT OLEH SHAIK JAILANI BIN SHAIK IMAM SALAH SEORANG WARIS KETURUNAN SHAIK EUSOFF :

SHAIK NATTAR SAHIB 

SHAIK ABDUL LATIF

SHAIK EUSOFF

SHAIK SADAQ 

SHAIK IMAM 

SHAIK  JAILANI 

1 comment:

  1. Assalamualaikum, dimana saya boleh dapat maklumat lagi berkaitan masjid jamek shaik eusoff

    ReplyDelete