Tertib perubatannya bermula dari atas turun ke bawah. Daripada kepala - sakit kepala, turun ke mata, telinga , hidung, tekak, dada dan seluruh anggota.
Petua petua yang dirumuskannya berakhir dengan sakit melibatkan lelaki dan wanita. Petua mengubati sakit kepala atau PEKANG menurut Shaikh Dada :
Bab ini ubat sakit kepala :
- Ambil bawang merah dan telur ayam dan gula batu kacau dengan minyak masak
di api dahulu.Jika sudah masak diberi makn insya Allah.
- Bab ini ubat sakit kepala. Ambil ganti berat 16 belas saga dan gula batu 16 belas
saga,digiling semuannya lumat lumat dilumur dikepalannya insya Allah.
- Bab ini sakit pekang iaitu sakit kepala. Ambil jintan hitam secukupnnya dan air
asam limau sebiji campur kedua-duanya tempek di kepala insya Allah.
Bab ini ubat sakit mata ambil jintan putih dan air susu orang beranak muda. Maka dicampurkan jintan putih dengan air susu maka diperahkan pada mata yang sakit itu insya Allah.
Bab ini ubat sakit mata sampai bengkak . Ambil ketumbar maka diasahkan dengan air mawar dicelakkan maka matanya bengkak itu sampai sembuh insya Allah.
Bab ini ubat ketumbuh naik di dalam mata putih rupanya ambil tebu salak bakar masak masak kupas ambil buahnya .Maka ambil nasi segenggam basuh 3 kali rendam diembun, perah.Ambil air tebu sama banyak dengan air nasi itu campur kedua duanya titik masuk ke dalam mata insya Allah.
Bahan bahan alami yang digunakan oleh Shaikh Dada dalam psrubatan ini ialah :
Bawang merah, telur ayam kampung, gula batu, minyak masak yakni minyak kelapa. Kini untuk maksud peubatan sesuai digunakan minyak kelapa dara. Bahan bahan lain ialah ganti, air susu perempuan beranak muda, jintan hitam, air asam limau, jintan putih, ketumbar, air mawar, tebu salak, air nasi dan lain lain.
Bahan bahannya secara bergambar seperti berikut akan diperkemaskan untuk para pencinta dan peminat beliau. Ini adalah kazanah perubatan untuk anak anak Pulau Pinang :
No comments:
Post a Comment