Saturday, January 26, 2013

MURID-MURID SHEIKH DADA YANG TERAWAL

SHEIKH DADA telah melatih para muridnya dalam beberapa peringkat.Bermula sebelum perang dunia kedua lagi. Beliau pernah tinggal di Kampung Baru Kula Lumpur pada suatu masa dulu. Tepatnya  dalam perkelanaannya untuk mempelajari ilmu persilatan dan seni mempertahankan diri. Selepas berpuas hati barulah beliau pulang ke tanah tumpah darahnya P. Pinang. Di Kuala Lumpur belaiau mendapat gelaran Che Din Petir

Muridnya beliau sebelum perang dunia kedua ,  antara yang terkenal ialah :

Ali SM Yusuf , Pak Hashim Bukit Gelugor, Hamid Chukinik , Pak Lah Sebok, Pak Amir Hamzah dan Pak Ariffin Abdul Rahman yang tinggal di Aboo Sitee Lane.

Selepas Perang Dunia Kedua murid beliau yang terkenal ialah :

Pak Sahak Kastam , Yahaya Hj Salleh, Anen Sultan, Anen Sultan Mydin, Ibrahim Body  dll

Ini nama -nama yang dipungut hasil daripada laporan yang diterima oleh Pak Yahaya Hj Salleh pengasas Persatuan Seni Silat Petir di Tanjong Tokong P.Pinang.

No comments:

Post a Comment