Tuesday, June 5, 2012

SENAMAN ASAS SILAT PELAGA PETIR MELAYU P.PINANG



Pesanan Sheikh Dada kepada  para muridnya.

Silat ini silat yang memakan belanja.Perlu tubuh yang kuat, makanan yang berkhasiat,  disiplin dan daya tahan yang kental dan jadual waktu latihan yang teratur.

Nasihat Dada  sebelum diterima menjadi anak murid :

Sebelum hang nak belajar silat aku hang pi cari kerja dulu.Lepas tu hang mai jumpa aku. Itu jawapan Dada kepada Pak Mail Letrik.Ketika itu beliau berumur belasan tahun. Dada sering bertandang ke rumah bapa saudaranya yang bernama  di rumah Kampung Hariat Pulau Pinang sebelum Perang Dunia Kedua sekitar tahun 1937, 75 tahun dahulu.










Kepada Yahaya Haji Salleh atau Pak Ya ketika mula dipekenalkan dengan Dada beliau memerhati dari atas ke bawah beulang kali tanpa memberi sebarang jawapan.Selepas 1 bulan baru beliau memanggil untuk berlatih.Itu sekeadar exercise biasa.Kemudian diberi sebatang kayu untuk mengatur langkah. Beliau menguji adakah pelatih ini serius dan benar-benar hendak berlatih silat. Jika bersungguh pasti ia akan tunggu.

Haji Yahaya belajar silat secara kebetulan.Bukannya  terbit dari dirinya tetapi dicadangkan oleh sepupunya Pak Pin.

Budak ini nak belajar silat. Hang ajarlah.

Pak Pin dan Dada sahabat baik yang sebaya umur.Ketika itu Pak bekerja dengan Jabatan Pengangkutan dan mempunyai sebuah motorsikal Triump yang anggun.Dada sering ke mana-mana bersama Pak Pin.Dada sering berkunjung ke rumah Pak Pin di Lorong Pushi.Kini bernama Lorong Abu Siti.Ketika itu pada tahun masyarakat Melayu masih ramai di bandar. Terutama di Kinta Lane, Jalan Pahang, Jalan Siam,Jalan Melaka dan Jalan Baru (Maclister Road).Di situ wujud sebuah sekolah Melayu benama Sekolah Kebangsaan Jalan Baru.Kini tapak PPD Pulau dan Bangunan Persatuan Melayu P.Pinang.

Pengalaman Pak Ya ialah Dada hanya memberi satu dua petua dan petunjuk.termasuk senaman asas seperti pamping dengan pelbagai cara, senaman buaya,senaman rimau dll.





No comments:

Post a Comment